Kelas Asas ICT (Ulangkaji-keyboard shortcut & folder)

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 19 Oktober 219, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu sedikit ulangkaji berkaitan kelas yang sudah lepas dan pengetahuan baru mengenai folder. Kelas pada kali ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta dan diadakan di bilik latihan pusat internet Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang keyboard shortcuts yang biasa digunakan dalam menggunakan komputer. Di samping itu peserta diterangkan tentang penggunaan folder dalam komputer dan cara untuk membuat folder dan menyimpan maklumat ke dalam folder yang disediakan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu keyboard shortcuts dan jenis-jenis shortcuts yang biasa digunakan dalam komputer (CTRL+A, CTRL+B, CTRL+U, CTRL+X, CTRL+C, CTRL+V), penggunaan shift,caps lock dan button window pada desktop. Untuk menambahkan pemahaman, peserta diajar membuat folder dan menamakan folder tersebut mengikut isi kandungan folder. Tugasan peserta pada kali ini mengambil gambar dari internet dan menyimpan ke dalam folder yang telah disediakan pada desktop.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali